Monday, March 10, 2008

Takaful vs Insurans

Dropping a Line

Kali ni aku bawak tajuk agak berat ttg takaful dan jugak insurans. Tp, aku cuba ringan2kn spy org tak sakit kepala bila baca. Sbnrnya tujuan aku spy semua umat Islam dpt melabur pd jln Islam, dan tak ditipu oleh fahamn jahil kbnykn org yg tak kenal ttg ekonomi Islam. Ramai drp kt mgkn biasa dgr pkataan takaful, tp mgkn agak janggal bg sstgh org yg br dgr ttg takaful. Malah, aku yakin ramai yg tak tahu apa itu takaful. Sbb tu ramai umat Islam sdri yg mencarum dlm insurans, bkn takaful.

Takaful ni sekali tgk, lebih kurg mcm insurans. Sbb tu org pk, alah.. ape salahnya amik insurans..ape yg dosa nye,,,kan? Sbb tu jugak umat Islam yg bila tau ttg takaful, mrk tak peduli sgt sbb dia rasa dirinya dah pn amik insurans. Sbnrnya, takaful ni tak sama langsung dgn insurans. Jom ikut topik yg aku nk jelaskn ni. Spy pasni jgn ada yg nk amik insurans dan malas nk mcuba takaful sbb dah ada insurans, ok!

Takaful ni bkn mcm insurans. Kalau insurans, ianya ada akad jual beli dan dikira bjual beli. Konsepnya sama mcm jual beli, mesti ada penjual, pembeli, barang, harga dan akad jual beli. Takaful ni pulak amalkan konsep derma dan sumbangan. Bkn jual beli. Jd, insurans ni lebih rigid sbb semuanya mesti ikut hukum. Tak mcm takaful yg lebih longgar sbb dikira sumbangan atau derma. Kalau kt nk derma, tak kira brp jumlahnya, kn? Tp kalau nk bbjual beli, ptukaran brg mesti sama nilai.

Masalah insurans adalah haram bkn sbb ianya dikira jual beli, tapi.. masalahnya ialah akad jual belinya tu yg tidak ikut sistem Islam. Insurans ni, pencarum(org yg melanggan insurans) tu bayar dan serahkn duitnya pd syarikat/agen insurans, dan duit tu terus jd hal mutlak pihak insurans. Tp takaful ni, duit yg diserahkn tu bkn milik pihak takaful . Pihak takaful akan masukkn duit tu dlm satu tabung khas utk para pencarum dan pihak takaful hanya mbantu urus duit tu sahaja. Duit yg dicarum tu atas dasar derma dan sumbangan kpd mangsa yg ditimpa musibah. Sementara duit tu nak diagihkn pd mangsa, duit tu akn dilaburkn oleh pihak takaful dan hasil pelaburan itu keuntungannya diberi kpd pencarum. Pihak takaful cuma amik sedikit shj atas usahanya tu.

Selain tu, insurans diharamkn sbb ianya mpunyai riba' al-Fadl. Sbb bila pencarum ditimpa musibah, dia akan dapat pulangan pampasan yg tak sama nilai dgn duit yg dicarumnya. Dia akan dpt dgn kadar yg lebih, biasanya. Ianya jd haram juga sbb kadar tu dah ditetapkan oleh pihak insurans. Kiranya pencarum ni dia mbeli jaminan pulangan wang yg telah ditetapkn oleh pihak insurans. Jumlah yg dipulangkn ni nanti, tak sama dgn jumlah yg dicarum. Jadi, sbb tu akad jual belinya tak sah dlm Islam.

Syarat dlm Islam, kalau kita bjual beli, mestilah kadar yg dikeluarkn sama dgn kadar yg diperolehi. Senang cite, camni la. Kalau 1kg gula harganya 2 rggt, maka kt wajar dpt sekilo gula bila kt bayar 2rggt. kalau kt byr RM4, kt patut dpt 2kg gula, kn? Tp, dlm insurans ni, kadar tu x sama. Seolah2 kt bayar RM2, tp dpt 2kg gula atau lebih, yg mana nilainya tak sama. Bukan masalah nilai tak sama je.. tp yg jd sbb jual beli tak sah, ialah krn pulangan tu dh di tetapkan kadarnya tak sama. Pihak insurans tetapkan syarat beli insurans, dan akn dapat hasil yg tak sama dgn apa yg akan dibayar kmdn. Ini menjadi riba'. Sbb dia bkn niat nk sedekah, derma atau bg sumbangn, sebaliknya ni melibatkn proses jualbeli.

Berbeza dgn hal takaful. Pencarum(org yg melanggan takaful) ni serahkn duitnya pd agen takaful supaya duitnya itu diuruskn oleh pihak takaful. Dia serahkn dgn niat utk derma dan sumbangkn duit tu utk membantu golongan yg menimpa musibah. Duit dia juga akan digunakn oleh pihak takaful utk dilaburkn sementara duit tu belum diserahkn kpd mangsa. Duit tu tidak diambil oleh pihak takaful sebaliknya disimpan dalam satu tabung khas. Pihak takaful cuma amik byrn atas usaha dia menguruskn wang tu dan sekiranya untung lebih dlm pelaburan sahaja. Selebihnya akan didermakan. Jaminan yg diberikan adalah dgn dasar derma wang kpd yg menimpa musibah di kalangan pencarum. Tp, insurans lak bkn derma.

Dalam insurans, duit pencarum diambil oleh pihak insurans terus, dan pihak insurans menanggung untung dan rugi sekiranya berlaku musibah ke atas pencarumnya. Malah, insurans biasanya juga terlibat dlm pelaburan yg bercampur aduk dgn saham yg tidak halal. Contohnya pihak insurans gunakan duit pencarum dgn melaburknnya ke dalam saham arak. Maka hasil untungnya diambil dan diserahkn pd mangsa yg menimpa musibah.

Selain tu, insurans ni jugak, memperjudikan nyawa dan harta benda. Maka tdapat jugak Riba; An-Nasi'ah. Pencarum hanya akan dapat pulangan dan jaminan hanya sekiranya ditimpa musibah yg tidak tahu bila datangnya musibah tu. Sedangkan dalam jualbeli Islam, stp jualbeli mesti jelas ada brg. Bkn hanya jika ada musibah br dpt brg. Sbb musibah tu x pasti bila dtg nya. Maka, tak mustahil lah kalau kt dgr ada org yg sanggup bakar kilang sdri, atau bunuh bapa utk dapatkn wang pampasn dr pihak insurans. Sbb isteri dan anak akan mdapat wang pampasan tsebut. Jumlah pampasan tu biasanya melebihi kadar carumn yg dibuat dan menguntungkn pencarum yg ditimpa musibah. Sbb tu jugakla ramai yg suka ambil insurans, sbb blh jd kaya cepat. Beli sikit dpt byk.

Berbeza dgn takaful, jaminan keselamatan dan pampasan juga diperolehi tetapi atas dasar derma dari pencarum lain, dgn mperolehi wang drp dana atau tabung semua pencarum lain, dan hasil pelaburan duit tersebut.

No comments: