Sunday, March 9, 2008

Semangat Masuk Syurga



Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya; "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku." Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Raudhah adalah satu tempat yg sgt mulia di dalam Masjid Nabi.Selain itu, ia menjadi tempat bg Rasulullah s.a.w. serta para sahabat beribadah. Ia juga tempat wahyu diturunkan kpd Rasulullah s.a.w. serta salah satu taman di syurga. Maksud Raudhah adalah taman.

Kelmarin aku ke Masjid Nabi bersama family aku n family Niza. Kami 6 org semuanya. Aku, Niza, Tasneem, Fateen, suami aku(Hafiz) dan suami Niza(Bob). Pagi tu aku dah ke sana, tp aku tak dapat masuk Raudhah(taman syurga), tempat Nabi berdoa satu masa dahulu. Raudhah ni merupakan salah satu tempat di mana doa dimakbulkan. Kedudukannya adalah di bhgn tmpt solat bg lelaki. Kalau pompuan nk msuk, kene ikut wktu yg ditetapkan shj.

Kami ke sana utk solat Isyak. Memandangkan ada bby kecil, tak dapat ke sana lama. Namun, alhamdulillah tcapai hajat aku utk ke sana. Niza pnh masuk Raudhah, jd mudah bg aku ke sana dgn dia. Slps solat Isyak, kami ke sana. Ada pintu khas disediakan. Apabila masuk masjid, kami nampak ramai org bkumpul di satu kawasan kecil. Niza pula, masih ttanya2 di manakah letaknya Raudhah. Al-maklumlah, dia ke sana dah lama, satu ketika dahulu. Aku dgn yakinnya mberitahu Niza, "Niza, Aja yakin ni lah Raudhah. Tgk tu, rmi org bkumpul kt situ. Niza tidak mhiraukn kata2 aku. Lalu dia mdekati sorg makcik Indon yg bkerja di situ dan bertanya tempat Raudhah.

Makcik Indon ni adalah pekerja dalam masjid ni. Dia memegang plastik sampah di tangannya sambil mengutip sampah di lantai dan sampah yg dihulur oleh org ramai. Masjid ni mmg bersih. Sampah dikutip sntsa dan lantai kerapkali dilap. Masjid ni dijaga dgn baik dan sempurna. Dlm masjid ni selalu aje makanan diedarkn, ada je yg bsedekah. Aku sempat menjamah rutob(kurma muda). Sedap, manis dan ranum. Manakala air zam2 sntasa tersedia dlm masjid ni. Satu masa dulu, aku penah diberikn air halia yg dicampur dgn pelbagai herba. Inilah minuman orang Arab. Rasanya sdp wpn agak pelik bg aku yg ptama kali merasanya. Sementara makan rutob bsama Niza, makcik tadi bgtau kami bhw Raudhah blm dibuka. Jam 9 mlm nanti br dibuka, lg 5 minit jam menunjukkan pukul 9mlm. Kami menunggu di depan pintu, penuh setia. Tiba2 aku tnampak ada org sdg bceramah ala2 open talk. Oh.. rupanya org bkumpul kat sini sbb ada ceramah tbuka. Aku tak nmpk lak td. Aku ingt kt situ Raudhah. huuhuu.. malunye aku.


Pintu dibuka. Kdgrn sorg pompuan mjerit2 dpn aku n Niza, "sobar!sobar!". Dia srh kami sabar. Aku yg berada betul2 dpn bijik mata dia yg bulat tu, berasa hairan. Sbb aku n Niza bkn bt apepun. Rupa2nya, bila pintu dibuka, semua org serbu berlari meluru ke satu tempat. Aku n Niza pn lari2 anak jugakla, sbb aku rasa mesti ada sbb org blari. Takkn dorg saje lari nk senaman kot, dlm masjid ni. Akhirnya, kami sampai dibarisan kedua dlm kwsan Raudhah. Mcm tak sangka je kami dpt tempat yg awal. Sbnrnya, org semua bkumpul di muka pintu lain, dgn sangkaan bhw pintu itu yg akan dibuka dahulu. Tp, rupa2nya pintu aku yg dibuka dahulu, dan kami org pertama masuk ke pintu tu. Cuma, krn kami tak lari sgt, sbb itu kami berada di barisan kedua. Akhirnya aku mula faham. kenapa kene lari.. kawasan Raudhah ni kecil. Org berebut utk masuk ke kwsn tu. Kalau tlalu ramai, ada yg tak sempat nk masuk dlm kwsn tu. Sbb cuma 2 hingga 3 jam je Raudhah dibuka utk muslimat. Setiap mlm, jam 9 hingga 11 mlm je. Manakala hari Jumaat ianya dibuka siang hari, pd jam 2 ptg hingga 5 ptg.

Semasa aku nk mula solat, ada 2 org minah ni menyempit depan aku. Seboleh2 dia nk solat dibarisan ptama tanpa mhiraukn aku yg nk sujud di tempat kaki dia pijak. Geram jugak rasanya, tp aku ckp dgn elok, srh dia bganjak sikit. Sbb aku hormat ni masjid dan dalam masjid ni jugak ada jenazah Nabi, para sahabat serta isteri Rasulullah s.a.w. Buat apa nk bgaduh, sedangkan perpaduan dan kesatuan ummah serta hubungan sesama manusia itu lebih utama. Jgn krn ibadah sunat yg diburu, pahala dosa pula yg dapat. Semasa aku solat, karpet yg aku cium semasa sujud berbau sungguh wangi. tak macam kat masjid2 biasa. jgn kata wangi,, kdg2 nk sujud pn tahan nafas. Lepas solat, kami bselawat atas Nabi dan berdoa. Kwnku Niza, smpt dia berdoa utk pilihanraya smlm!!

Setelah bbrp minit, kami disuruh beredar utk bg laluan dan peluang kpd orglain. Kami smpat melihat bbrp tmpt bsejarah di sini. Tak lepas juga ada golongn yg mngambil tabarruk dgn mnyapu tangannya di dinding kmdn disapu ke mukanya. Padahal ni bkn ajarn nabi malah bcanggah sama sekali. Sbb itu jugaklah byk maqam2 yg ditutup dgn dinding dan batu2 yg blh mhalang org jahil drp btabarruk(ambil berkat).

Alhamdulillah, kami selesai jugak. Kami berasa puashati dan berdoa agar dapat ke sana lagi. Kemudian, kami yg kelaparan ni terus menuju ke Tazaj utk mamam(makan) kat sana. huhu.. cedap!!nyam,,nyam.. alhamdulillah.. Nanti ada kesempatan kami tunjuk gambar ye. Gambar kat Masjid.. di luar Masjid Nabi. Gambar yg diambil setakat yg sempat.. sekeping je..

1 comment:

My Life said...

alhamdulillah betuah dirimu kak... dapat masuk kekawasan raudhah.. ingin sekali ku mengikuti jejakmu kak.... kangan bangat sama madinah & mekah kak.. insyaallah moga diriku dapat kesana....