Tuesday, March 25, 2008

Kuliah Maghrib : Zikrullah II


Dlm Gambar ni Tasneem nangis sbb ngantuk. Jd takpela minggu lain lak amik gambar lg yek Tasneem.
Ni aku smbung kuliah Maghrib smlm. Aku mmg ttarik dgn penyampaian Pceramah kali ni. Semuanya mmg berisi. Tp aku tak nafikn semua pceramah mmg best! Kalau sesapa agak kureng phm dgn ttg muqaddimah yg aku bg td, meh aku rumuskn.

Zikrullah ni = mengingati Allah. Dgn zikrullah akn bawa kpd iman. Apa tu iman? Iman ni bmaksud percaya pd Allah dgn yakin dlm hati n mbenarkn dgn pbuatan. Beriman dgn hati iaitu spt beriman kpd rububiyyah (Allah sbg pntadbir, pengurus, pencipta dan pemberi rezeki). Penceramah tambah, sbnrnya yg bg rezki bkn suami atau bapa, tp hakikatnya Allah bg, melalui mrk. Pastu beriman dgn Uluhiyyah iaitu pcaya bhw segala amal ibadah hanya utk Allah. Tak blh bbelah bahagi. Ibadah bkn krn 'ujub, sum'ah, riyak dan bkn juga takabbur. Sbb perkara tu utk selain Allah. Dan ketiga beriman dgn hati dgn cara percaya bahawa Allah memiliki nama2 baik dan sifat2 yg mulia. Secara tidak langsung juga membersihkan Allah drp memiliki sifat buruk. Zikrullah dgn lisan pula dgn menyebut kalimah2 suci spt La ilaha illallah, selawat kpd Rasulullah s.a.w dan sebagainya. Hal ni byk disebut oleh Nabi dlm al-Hadith.

Beriman dgn perbuatan pula, terbahagi kpd 2. Pertama perbuatan hati iaitu spt sifat tawakkal, bharap kpd Allah, redha, muraqabah (dekat hati dgn Allah), serta takut kpdNya. Manakala perbuatan Iman ialah spt solat, puasa, menunaikan zakat dan bersedekah, mengerjakan haji dan umrah serta segala amal pbuatan yg zahir dilakukan oleh seseorang. Ini tanda bukti bhw kt beriman kpd Allah. Namun, spt kata Imam Qurtubi dlm tafsirnya terhadap satu ayat al-Quran yg membezakan iman dgn sebaliknya ialah iman dgn hati itu sdri tidak blh dipisahkn dgn amal perbuatan. Sptmana yg berlaku pd golongan munafik, mereka tidak dikira beriman krn hanya mzahirkn amal, tanpa beriman kpd Allah dgn hati. Sbg contoh, iman ni spt solat. Yg mana "perbuatan" solat tidak blh dipisahkn dgn "niat" solat.

Kmdn pceramah menyebut pula ttg kelebihan zikrullah. Ada byk kelebihan yg Allah kurniakn kpd org yg hatinya, jiwanya sntsa mengingati Allah, sama ada kelebihan di dunia mahu pun ganjarn di akhirat. Antaranya, org yg sntsa zikrullah akan dijauhi perasaan sedih, dukacita dan gelisah. Dia juga akan sntsa tenang, serta diberi khabar gembira di akhirat kelak. Hidupnya sntsa dlm gembira wpn ketika mhadapi kesusahan. Ini krn, dirinya juga diberi kekuatn drp Allah wpn dlm keadaan ditimpa kesusahan. Kekuatan yg diberi disusuli dgn keberkatan hidup yg memudahkn kehidupannya. Sptmana 'alim 'ulama. Dlm kehidupn hariannya dia mampu bt pelbagai perkara, tanda hidup dan masa yg dia ada penuh keberkatn. Dlm sehari dia sempat menuntut ilmu, menyebarkn ilmu, puasa sunat, bangun qiamullail, menulis kitab, dan sebagainya. Malah, mrk mkn hanya sehari sekali iaitu apabila bbuka puasa. Wpn begitu, kt dpt lihat byk pkara manfaat yg dia blh bt dlm khdpn seharian. Di mana kekuatan sebegitu rupa dia perolehi? Itulah dgn zikrullah. Apabila seseorg itu hatinya sntsa ingt kpd Allah, dadanya lapang, badannya mudah mengerjakan ibadah, hatinya bersih dan mudah menerima ilmu. Segala pgantungan hidup diserahkn kpd Allah, sehingga tidak ada apa2 lg yg perlu dia risau. Rezekinya murah, mukanya sentiasa berseri dan bercahaya, dan dirinya sntsa dihormati dan disanjungi makhluk. Para malaikat juga mdoakan org yg sntsa beribadah dan zikrullah. Org yg sntsa zikrullah, jiwanya suci dan bersih. Syaitan takut padanya, dan menjauhinya, sehingga dirinya slmt drp fitnah, dan bebas drp ujian maksiat dan dia tselamat di akhirat drp azab dan neraka. Malaikat juga akan mdoakan spy segala dosanya diampunkn Allah.

Kmdn, penceramah juga ada mberitahu ttg adab2 berdoa. Antaranya; hendaklah bdoa dgn sungguh2. Tak blh doa dgn cara begini, "Ya Allah, sekiranya Engkau mahu, maka..terimalah doaku", atau Ya Allah sekiranya Engkau mahu, ampunilah dosaku, sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku". Sebaliknya, kt kene berdoa begini, "Ya Allah, rahmatilah daku, ampunilah dosaku." Itu tanda kt bersungguh2.

Kita juga tak blh berdoa dgn menggesa2 spt dgn kata "Ya Allah, aku sudah byk kali bdoa pd Mu, tp Engkau blm perkenan doaku." Kt sbg hamba kene sntsa sangka baik pd Allah krn Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mustahil Allah tidak terima doa kt. Cuma, Allah makbulkn permintaan hambaNya mengikut apa yg layak bg nya. Allah terima doa seseorg mgkn dgn cepat, Allah terima lambat iaitu pd masa yg sesuai utknya, Allah terima doa hambaNya dan berinya dgn sesuatu yg lebih baik utknya, atau Allah terima doa hambaNya di akhirat kelak. Yg pasti Allah sntsa terima doa hambaNya. Sbb itu kt kene sntsa sangka baik dan kene yakin bhw Allah sntsa makbulkan doa hambaNya.

Selain tu, adab doa juga dgn cara tauhid, iaitu kt berdoa dgn akidah tauhid kt yg yakin dgn sepenuh hati kpd Allah, dan merasakan kehambaan. Kt berdoa spt Nabi Yunis a.s. doa semasa dlm perut ikan nun, iaitu La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Kt juga harus bdoa dgn menyebut nama Allah, serta sifat2nya yg Maha Mulia spt Ya Rahman, Ya zal Jalali wal Ikram, Wahai Tuhan yg Maha Pemurah, wahai Allah yg Maha Bijaksana, wahai Tuhan semesta alam, dll.

Antara doa org yg cepat dimakbulkan Allah juga ialah doa pemimpin yg adil, doa org yg berpuasa dan juga doa org yg dizalimi. Selain tu, doa yg dimakbulkan juga adalah pd hari Jumaat, pendapat ulama' yg rajih(yg sepakat majoriti) mengatakn bhw doa mustajab adalah pd akhir Hari Jumaat iaitu sblm waktu Maghrib hari Jumaat. Namun ada juga ulama' yg kata pd waktu lain. Selain itu, doa yg dimakbulkan adalah juga di bbrp tempat spt di Raudhah dlm Masjid Nabi, di Masjidil Haram, dll.

Inilah serba sedikit yg aku coretkan. Sbnrnya ada byk lagi, tp aku tpaksa tulis setakat ni sbb masa tak brp mengizinkan. Nak solat subuh. Semoga kt sama2 dpt amik manfaat bersama. Amin

No comments: